By: Nur Shuhadah Jailani

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Tuesday, 26-May-2009 02:47 Email | Share | | Bookmark
Tempahan Kek Marble

Lusa, aku kena mengadun untuk membuat kek marble untuk Majlis Cukur Jambul anak buah kat kampung... Tapi kali ni aku kena membancuh 2 adunan.. satu untuk majlis, satu lagi untuk mak aku..
Awal-awal dah buat tempahan untuk diri sendiri... Takpelah, biar mak rasa macam mana jayanya kek marble yang aku buat...


Thursday, 21-May-2009 03:23 Email | Share | | Bookmark
Percubaan membuat kek marble

Sedap menggebu...!!!
Lihatlah kesedapan kek ku ini...!!!
Ready to eat... serang!!!

Petang semalam, setelah aku deal dengan seseorang untuk membeli stand mixer aku terus membancuh adunan kek marbleku... kali ini aku sangat nekad, jadik ke tidak aku akan terus mencuba... setelah setengah jam membancuh,aku terus membakar adunan tersebut di dalam oven yang aku pinjam dari Along...(ni kes nak jimat...!) Akhirnya, setelah sejam proses memasak kek, terbentuklah sebiji kek marble yang sangat cantik, gebu dan lazat.....

MARBLE CAKE

BAHAN:
bahan A
250 gm butter
40 gm majerin(untuk sapu kat loyang, tak perlu sgt)
210 gm gula kastor/halus
5 biji telur ayam
1 sk essenvanila

Bahan B:
230 gm tepung gandum......]=><2 1/2 cawan kopi
1 sudu teh baking powder....] ayak bersama
30 gm serbuk koko
80 ml susu segar/fresh milk

Cara-cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula hingga betul-betul kembang.
2. Masukkan telur sebiji deni sebiji dan diikuti dengan esenvanilla.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu.
4. Teruskan memukul adunan dengan perlahan untuk seketika sehingga benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang dimasukkan ke dalam bekas berasingan.
6. Satu bahagian ditambah dengan serbuk koko. Satu bahagian lagi biarkan warna asal.
7. Panaskan oven 180'C selama 10 minit.
8. Sediakan acuan loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dengan dedikit mentega dan
taburkan tepung nipis sikit atau lapikkan loyang dengan kertas minyak.
9. Sudukan adunan ke dalam loyang dari kedua-dua bahagian secara berselang-seli sehingga
kelihatan berbelang.
10. Bakar adunan selama 50 - 60 minit dengan suhu 180 C.


Monday, 4-May-2009 02:43 Email | Share | | Bookmark
Nur Shuhadah & Suami, Mohd Zuairi







Thursday, 30-Apr-2009 12:10 Email | Share | | Bookmark
Anak buah tersayang dan manja - AFFIF AFNAN BINTI NAZARUDIN

Anak buah yang comel beraksi
Comelnya dia...!
 
View all 6 photos...
Lihatlah anak buah lelaki nie.. beraksi manja depan kamera.. Dia dah makin bijak dah sekarang.. Cakap pun dah pandai dah sekarang...




Thursday, 30-Apr-2009 02:22 Email | Share | | Bookmark
Anak buah tersayang dan manja - NURUL AFFREENA BINTI NAZARUDIN

 
 
 
View all 6 photos...
Paling manja and gedik.. Dah sekolah( Smart Reader Kid's School).. Makin cantik tapi kadangkala comot macam adik dia... Dah pandai berfikir...
Suka kacau adik dia...
Manja ngan abah...


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net